Malamni gua nak meraban fasal Chewing gum atau gegula getah atau lebih mesra dengan panggilan singgam oleh orang kampung gua. Ok agak racis bunyiknya. Anyway, gua pun tatau jadah apa fungsi singgam ni. Untuk senaman otot muka? Bukan ke lebih afdal kalau senyum je. Bagi gua fungsi singgam ni hanya untuk melenguhkan rahang semata.
Lu orang tau tak bahawasanya Singapura-pura telah mengharamkan singgam ni kat negara depa. Bole kena denda woo kalau didapati memakan singgam. Dulu la, tatau la kalu sekarang dah dirombak atau dimansuh. Kerana menatang singgam ni mampu mencemarkan persekitaran, yela dah makan calit sana sini serupa dengan tahi hidung jugak.
Gua berasakan bahawa dah tiba masanya Malaysia pun amik langkah sama. Sebab? Noarommm banyak sebabnya. Kebanyakkannya nyusahkan hidup gua khasnya dan hidupan laut umumnya. *jadah? Huh jangan memain, ini serius. Tak caya? Baca sampai titisan darah terakhir sebab musabab beliau harus dibuang daerah:
1. Nipu perut lu orang hidup2
Ni fakta dari lecturer gua dulu, tatau la kalau motif beliau untuk nipu gua je, kuhkuh. Time kita ngunyah makanan, perut otomatik merembeskan sejenih cecair untuk menghadam benda yang kita telan. Tapi bila makan singgam, perut terima amaran palsu jelah. Tunggu punya tunggu makanan haram tak turun, cecair dah kuar, bazir betei. Serupa dengan kengkawan janji nak buat parti besaran untuk lu tapi balik umah takde pape pun, bunyik cengkerik je.
2. Mengeluarkan bunyi bunyian yang menjengkelkan
Kalau pengunyah singgam ni megemam dan kunyah dengan penuh sopan santun takpe, gua tarak kisah. Tapi sangat annoy bila ngunyah tu, satu daerah bulih dengar. Serupa dia sorang je makhluk yang mampu kunyah di planet ni. Sumbat telinga dengan ipod, turn volume sampai sehabis tinggi pun tak tenggelam bunyik kunyahan. marveles.
3. Tepek merata-rata
Gua kira atas dasar sebab nilah singapore haramkan natang singgam ni. Dah habis ngunyah tuuu, pepandai la carik port untuk buang. Tak la nyusahkan orang lain, melekat sana sini. Bekas air liur pulak tu, silap2 taik gigi pun ada kat singgam tu. Eeeeeeeeeeeeeeeeeuuww. Dasar habis madu sepah dibuang sungguh. Dan beliau jugak merupakan instrument vendalisma yang murah dan berkesan.
jangan sangka zaman sekarang dah tadak orang guna natang ni.
4. Susah tanggal
Ce bayangkan... ya bayangkannn kalu natang tu lekat setepekk kat kepala. Kalo botak cin tanpa sebarang bulu-buluan takpe, tapi kalau rambut macam alleycats? Harus di 'zassss!' lah kan rambut tersebut. Lekat kat anggota badan, memang payah nak tanggal, habis babyoil gua lumur tak luntur2. Kalau lekat kat baju kesayangan? Arghhhh rasa cam nak bakar kilang wrigley's hidup2.
5. Penyebab utama perasan samseng
Gua tatau samada masih releven ke tak kaitan samseng dengan si singgam ni. Tapi kekununya bila ngunyah singgam ni diri seakan kebal, cool, menggerunkan, macho dan segala fantasi lain. Meski gua tak paham dan tanampak apa yang gengsternya dengan kunyah singgam kat tepi tangga mall sambil ngorat awek lalulalang.
Hahahohohehohh, tu je la kot untuk hari ni, semuga bertemu kembali di lain hari, ehwahh.
Gua pun dah tak hengat bila last gua makan natang tuh. Tapi yang pasti dah puluhan tahun gua tak sentuh natang tu. Bukan best pun, pas makan mulut rasa semacam, rahang rasa lenguh, air liur terbazir percuma, wahhh anti-singgam sungguh gua.
Tips alternatif dari gua untuk dapatkan muka muda remaja selain kunyah singgam selalu:
lebihkan senyuman. Tapi jangan terover pulak takut nanti sukar nak dibezakan antara orang dengan kerang, kehkeh. kbaih.