Penyalahgunaan Suratkhabar

Suratkhabar. Satu benda yang tak asing lagi bagi kita semua. Kalau tak beli pun, kita masih boleh baca kat alam maya. Tapi gua lebih suka baca yang dia alam nyata, dia punya feel lain sikit, mata gua pun tak sakit.

So, jadah apanya penyalahgunaan suratkhabar tu? Adakah sama dengan salahguna dadah? Sebenarnya banyak benda di dunia ni yang manusia sering salahguna. Isteri misalnya, kadang disalahgunakan sebagai bibik atau lagi teruk, sebagai bola (dushdush).

Di sini gua cuma nak berkongsi satu pengalaman kecik yang gua alami. 

Semuanya bermula dengan seorang makcik dan sebuah Bank CIMB (biarlah gua rahsia cawangan mana, buatnya makcik tu mafia, mati gua). Satu pagi yang hening, gua ke Bank tu untuk berurusan. Kat atas meja depan tu ada betingkek-tingkek paper the Sun edisi percuma. 

Gua berhajat capai satu paper, sambil menunggu boleh selak-selak baca. Tiba-tiba ada sorang makcik datang dengan lajunya. Dia punya laju tu terasa berangin jugaklah sebelah gua. Dengan penuh maskulinnya dia mengangkut semua paper yang betingkek-tingkek tadi keluar dengan lajunya dari Bank. Gua hanya perati dengan mata terkedip-kedip sambil menjeling pak jaga yang tengah menguap.

Dari pemakaian apron dan gaya makcik tu gua tau, paper tu semua bakal jadi pembalut nasik lemak, belacan, putu mayam atau segala makanan yang berbalut-balutan yang beliau jual. Aiyoo biasanya orang guna suratkabar lama, tapi makcik ni lagi advance guna suratkabar baru. Apa yang gua nak bisingkan kek sini bukan fasal perkerjaan makcik tu tapi fasal paper inggeris edisi percuma.




gua pun bukan gangster



Kenapa ada paper inggeris versi percuma? Supaya orang secara tidak langsung belajar bahasa inggeris, nak beli? Heh jangan harapla, baik beli Metro kan, ada kisah tangkap basah, ada iklan somiisteri yang mengghairahkan kehkeh. Pihak the Sun letak paper percuma kat situ dengan harapan ramai yang dapat beroleh manfaat darinya. Jelas sekali manfaat tu diperoleh makcik tu sorang. 

Pffttt.. boleh ke belajar bahasa inggeris dari paper free. Ok, biar gua cerita lagi satu cerita. Sebagai penduduk tak tetap Penang, gua memang tidak asing lagi dengan kelibat pelancong omputih di sana sini. Satu hari, time tengah jalan gua ternampak beberapa orang inggeris bercakap dengan satu orang geladangan (homeless -orang takda rumah, makan, pakai).

Gua terkejut mendengar fasihnya beliau bercakap dengan omputehs tu semua. Lepas derang blah gua tegur orang geladangan tadi, ramah dia beritahu gua dia hanya belajar bahasa inggeris dari paper buangan orang berserta kamus yang dijumpa dalam tong sampah. Bila nak baca cerita baru yang belum basi, dia ambik paper free di kedai runcit. Katanya lagi, kena belajar jugak bahasa inggeris ni, malu omputeh tanya tapi tak reti jawab.

Nampak tak, nampak tak bahawa sesuatu yang kita rasa tak berguna, mungkin berguna pada orang lain. Mungkin makcik tu fikir "ek eleh sapala nak baca paper omputih ni semua, baik aku ambik ada jugak pekdah". Tapi makcik tu tak tau, secara tak langsung dia dah "curi" kepunyaan orang lain jugak. 

Peringatan untuk diri gua sendiri jugak. Jangan fasal benda tu percuma, kita nak rembat ke kita sorang je. Ingat-ingat jugak orang di belakang yang mungkin lebih memerlukan.



katakan tidak pada selfishness.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape