Review: The Big Book of Gross Stuff

Fuh, kenmain lama jugak gua bertapa cari ilham untuk entri kali ni. Gua telah diminta untuk menulis review sebuah buku yang gua tangkap dekat The Big Bad Wold Books sale itu hari.


Zeraroks. Review. BUKU.
This will be a total disaster.

Actually, gua telah disuruh oleh si Plain83 yang begitu curious dengan buku ini walaupun hanya ternampak kulit buku sipi-sipi je dalam gambar yang gua ambik. Bukunya bertajuk The Big Book of Gross Stuff (Buku Besar Mengenai Benda-Benda Jijik). Ok, pelik benar bunyinya dalam bahasa ibunda, maap ye zaman Uni dulu gua tak ambik course Terjemahan & Interpretasi, kuhkuh

Berbalik kepada permintaan Plain83 tadik, gua sebenarnya hampir-hampir abaikan je permintaan beliau tu. Tapi memandangkan gua ni comel dan berhemah tinggi gua cecuba jugak meriviu buku tersebut (di samping tadak idea nak tulis entri). Manalah tau kan tahap ke-curious-an beliau tu dah mencapai tahap tak lena tidur, tak basah mandi dan tak kenyang makan.


The Big Book of Gross Stuff (TBBOGS) merupakan salah satu dari koleksi buku non-fiction gua yang sangat funny dan full of amazing facts! Gross stuff (benda-benda jijik) ni seringkali dipandang enteng dan hina oleh masyarakat. Tapi ada banyak fakta menarik sebalik semua benda tu yang kita tak tau (yelah, tiap ciptaanNya mestilah bersebab). Buku ni mendedahkan banyak fakta menarik di sebalik setiap benda yang kita labelkan sebagai jijik yang berada di sekeliling kita.

Tengah gua belek buku ni masa baru beli haritu gua terperasan bahawa jacket buku ni adalah reversible yakni boleh diterbalikkan lalu boleh menyamar menjadi buku nota yang boleh dibawak ke kelas yang suram atau meeting yang muram, cool kan? (Ye ye Zyra, orang suruh lu review buku, bukan design buku). Oppsy.. Okey berbalik kepada kandungan buku TBBOGS. Mungkin ramai yang berkata, wadehekkk tulis buku fasal benda-benda jijik ni? Takde faedah! Salah salah salah! Sebenarnya (maaf cakap lah ye) buku ni lagi bagus dan berfaedah dari novel-novel Suami Gua Duduk Dalam Gua.




Buku ni pada gua boleh jadi satu pendekatan yang boleh diambik oleh individu yang jijik/geli tahap gaban dengan sesuatu benda. Sebab dalam psychology, salah satu cara untuk overcome atau mengatasi rasa geli geleman adalah dengan cara mendalami/memahami sifat 'benda' yang digeli kan tu. Dan buku ni jugak sangat sesuai buat mereka yang curious dan ingin tahu terhadap apa yang berlaku dengan persekitaran.

Dan lebih menarik lagi, penulisan buku ni sangat santai dan kelakar! Sesuai untuk seisi keluarga. Mungkin fakta-fakta ni pernah didokumentasikan dekat Discovery Channel atau saluran yang sama waktu dengannya tapi bagi gua membaca membuatkan kita lebih faham sebab ia seolah kita grab that cold hard facts.




Cara penulisan dia tu boleh lah gua katakan akan menghilangkan rasa mual yang lu rasa bila membaca. Contohnya time dia bercerita tentang uri (placenta) dalam bab kelahiran bayi. Dikatakan ada sesetengah keluarga yang bawak balik uri yang fresh dan dijadikan sup sebelum dimakan. Lepas tu penulis buat ayat:
"There might be a way for me to figure out WHY people do this, but I'm too busy throwing up right now to concentrate properly."
Seriously gua yang rasa mual time baca berkenaan 'makan uri' terus hilang rasa mual tu sebab tergelak dengan ayat beliau yang gua rasa cukup spontan. Kalau tak salah, dulu gua penah baca Tom Cruise makan uri anak dia. Gua tak tau apa motifnya. Mungkin untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu, anak dan ayah. LOL.




Kalau lu rasa bimbang bosan baca buku-buku ilmiah begini, jangan risau sebab TBBOGS ditulis seringkas mungkin dalam setiap perenggan. Dan boleh dikatakan setiap page ada Fakta Trivia menarik fasal sejarah-sejarah yang berkaitan dengan topik yang jugak sangat kelakar. Selain tu, ada jugak diselitkan ilustrasi yang dilukis untuk hilangkan rasa hambar tatap perkataan je kan. Pendek kata, isi kandungan buku ni sarat tapi tidak terlalu 'berat' dan melarat untuk bacaan seisi keluarga.

Secara jujurnya, gua dapat perspektif baru mengenai apa yang ada dalam badan kita yang kita consider sebagai satu perkara yang jijik macam: hingus, air kencing, poops, cacing kerawet, sendawa dsb. Dan yang paling penting gua kira, buku ni TAK BOSAN. Yelah lazimnya buku-buku yang bagi ilmu dan pengetahuan selalunya bosan dan hambar dan lu akan baca sambil berfikir bila lah nak habis, tapi dengan buku TBBOGS ni, lu akan terus selak dan selak page seterusnya and then lu akan be like: lah, dah habis ke? (Ceh, dah serupa promosi barang)


Hokay, tu je yang gua nak cakap fasal buku ni. Beria je gua review, tapi mana nak cari buku ni pun entah le. Setakat harini gua belum pernah jumpak lagi dekat kedai buku biasa. Mungkin kedai buku berprestij seperti Kinokuniya ada kot. Nak pinjam dekat gua? Sorry, gua dah ada banyak sejarah hitam fasal sistem pinjam meminjam ni, her her her.

Kalau gua cun serupa Fazura, gua mestilah akan cakap: "Saya suka, saya kasi empat bintang" sambil buat gaya manja gitu. Tapi memandangkan gua bukan dia gua hanya nak cakap

Personal rating:



Gua harap Mr/Ms Plain83 berpuas hati dengan review di atas, kalau tak puas hati pun gua peduli hapa, hakhak!


Masalah Tulang Golongan Bujang

Kalau zaman dedulu kita lazimnya hanya mendengar warga emas je dok komplen fasal tulang, tidak lagi pada zaman sekarang. 

Zaman sekarang, anak-anak muda seawal usia 14 tahun pun dah pandai bergiat cerdas dalam memberi keluhan mengenai tulang.

Tapi keluhan dan rintihan bukan diajukan kepada dukun atau pawang mahupun doktor, zaman dah berubah beb, mestilah laporkan kepada media sosial.


Cumanya, jika warga emas seringkali bermasalah sakit tulang lutut, tulang belakang atau tulang selangka, golongan muda mudi bujang pula begitu spesifik masalah mereka: hanya pada tulang rusuk atau disebut oleh penjajah sebagai ribs.

Gua kalau ke KFC memang suka rekues bahagian ribs, besar tapi tak banyak isi. Ribs kambeng bakar pun sedap baqhang (apehal tetiba tukar topik, see? Gua dan makanan berpisah tiada).

Erkhem, okey sambung. Sebagai seorang concerned citizen yang comel dan berhemah tinggi, gua begitu bersimpati kepada mereka yang mengalami masalah tulang begini. Oleh itu, gua cadangkan ambillah susu Anlene dua gelas sehari untuk kesejahteraan tulang-temulang anda.
Ini bukan entri berbayar 

Serigala Jahat Yang Budiman II

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak yang sangat suka membaca.
Ketika beliau sedang berjalan-jalan di dalam sebuah hutan untuk cari port membaca, beliau telah didatangi oleh seekor serigala hitam yang besar dan ganas.
Tapi serigala tu tak ganas, sebaliknya baik dan budiman, ia memberikan buku-buku kepada budak tersebut untuk dibaca.

Tammat.


Mukadimah gua kali ni ala bedtime story gitu, kahkah. Aip entri ni belum end lagi. Budak tersebut diatas tentulah gua dan serigala yang dimaksudkan tu tak lain dan tak bukan adalah the Big Bad Wolf Book (BBW) yang telah menganjurkan #BBWPenangSale dekat Penang Times Square bebaru ni.


Seingat gua, ni kali ke-3 BBW datang Penang. First dulu tahun 2013 (jugak kali pertama gua berkenalan dgn BBW). Lu boleh rujuk entri Serigala Jahat Yang Budiman kat sini. BBW untuk tahun 2014 takdak entri memandangkan tahun lepas gua malas gila nak berblog :3



Untuk BBW kali ni gua nekad nak jadi di antara yang terawal. Jadi, biarlah gambar di atas saja yang berbicara. Depa open pukul 10.00 pagi manakala gua sampai pukul 9.30, ingat nak breakfast dulu tapi orang dah start queue up so gua tanak jadi orang terkebelakang. Sakitnya tuh di sini! (tunjuk kaki).

Gua malas nak tulis apa yang gua buat kat dalam tu selama 5 jam, lu larat ke nak baca kalau gua tulih pun? BBW kali ni gua perasan buku dia lebih banyak means lebih banyak choices. Depa jugak sediakan troli yang boleh sorong/tarik instead of just kotak. So apalagi memang sarat lah troli gua sampai dua tiga orang aunties tegur, aiyooo your trolley is bigger than you lah! Wahh so full!

Before this, BBW ada corner untuk sorting, yakni customer boleh pergi bersila sambil pilih buku-buku mana yang diorang nak/taknak, tapi kali ni dah takdak, jadi gua pun join dua orang makcik yang tengah sorting buku-buku resipi kat sebelah tempat Q untuk bayar. Dan Q tersebut is a big mess! Gua habiskan masa selama 1 jam 18 minit hanya untuk beratur!

Q yang tak tersusun membuatkan orang boleh potong barisan sewenangnya tanpa rasa bersalah. And my patient is growing thin. Dengan tak breakfast, dengan letih berjalan dan berdiri selama hampir 4 jam. Ada jugak datang idea nak pura-pura pengsan karang. Tapi berkat kesabaran akhirnya sampai jugak ke cashier, phew!


kiri: fiction. kanan: non-fiction (apa, lu ingat gua takleh nak serius ke?) #BookAddict


So, nindia hasilnya. Memang sejak mula lagi gua target untuk dapatkan lebih buku-buku non-fiction sebab buku jenis ni memang mahal kalau kat bookstore. Tapi buku fiction pun banyak yang melambai-lambai gua, argh! Last sekali gua rembat kedua-dua genre, adil dan saksama kan gua ini? (purse gua masih merajuk sampai ke harini). Ah pedulikkk, janji gua puassszh dan gua anggap ini sebagai my upcoming birthday treats. 




Tapi gua suka betul dengan bookmark BBW kali ni sebab didatangkan dengan DIY wolf cube yang sangat comel nak mati. Gua dapat 4 keping woi, awoooo! Badge button di atas pulak adalah satu accident memandangkan cashier tu cakap gua perlu tambah sedikit pembelian lagi untuk dapat dua keping BBW Voucher. Ceh, kalau tau tadi baik gua rembat sebuah buku awal-awal. Terpaksa lah capai apa yang ada kat kaunter. Nak satu?


menatang ni kena dibuat dengan gam dan kasih sayang, malangnya gua lack of them both

Alahai, apahal gua rasa sangat hambar bila tulis entri-entri cenggini? Agaknya sebab tak dapat merapu kot, huehuehue. Jap, boleh habis ke baca buku banyak-banyak? Gua ni kalau buku tu best dan kena citarasa, dua hari boleh habis so lu rasa? Gua memang ketagih teruk untuk membaca :3


Gua baru tiga kali pergi ke BBW tapi awat bookmark ada 4? Yang paling kanan tu gua rembat dari anak buah yang pergi ke BBW year-end sale kat The Mines tahun lepas, huehuehue gua sememangnya sa-orang mak sedara yang berkaliber kan? ><


Jadi, inilah dia koleksi buku gua so far. Sila abaikan tempat beradu gua yang berkonsepkan 50 Shades of Blue tersebut. Hopefully next next year ruang kosong kat atas tu akan dipenuhi dengan buku. Tapi kan, gua lebih berharap agar ruang kosong atas katil tu akan diisi oleh seorang lelaki bernama suami (eh terkopratasa pulak).

Zeraroks makin gedik :3

Pharmacophobia?

Gua tak suka telan pill.
Esofogus gua enggan menerima sesuatu melainkan sesuatu yang berupa makanan.

Pharmacophobia? Rasanya tak sangat kot, sebab gua masih belum berlari lintang pukang sejurus selepas terlihat pill.

Sudah ditakdirkan sejak azali gua susah nak menelan ubat berbentuk pill. Tekak gua tetiba terasa mengecik. Bukan sekali dua gua tersedak ketika memaksa ubat masuk ke kerongkong, fuh! nak makan ubat pun seksa.

Dulu gua selalu request untuk ubat syrup. Tapi bila dah tua bangka sekarang ni, takkan nak request ubat syrup berperisa manis lagi kot? Sobs.

Paling gua tak suka haruslah pill antibiotik. Kenapa? Antibiotik ni dah lah rasanya pelik, lepastu habis air kencing turut berbau pelik. 




Mujur jugak gua ni jarang ditimpa sakit. Setakat demam biasa boleh jugak dibawak berunding dengan hanya sebiji paracetamol tanpa perlu melibatkan sebarang antibiotik.

Gua teringat satu peristiwa waktu gua dapat pil vitamin warna cokelat sebesar ibu jari dari pihak klinik.

Gua masukkan vitamin tu dalam mulut, kendian cecepat telan air, tapi pil tu tak jumpa saluran ke kerongkong! Ia hanya berlegar-legar di sekitar mulut. Hampir dua gelas air kemudian gua tercekik dan pil bersama sekumpulan air meluru keluar dan terpelanting di atas meja.

Sejak itu, emak gua tak pernah paksa gua makan vitamin tu lagi. Mungkin tak sanggup tengok anak bongsunya mati tercekik pil vitamin..


Gua lebih rela kena inject!

Reverse Psychology

Reverse Psychology itu merupakan sebuah perlakuan di mana si pelaku akan melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil yang bertentangan dari apa yang diharapkan. Kahkah, lebih kurang begitulah kot kata lecturer gua time gua amik minor psychology pada zaman dahulu.

Contoh mudah dan comel: Kalau seorang budak kecik buat something yang kita tak suka, kita akan cakap ''ha buatlah lagi, buat lagiii'' otomatik dia akan rasa tawar hati nak buat berbanding kalau kita melarang. Lumrah manusia lah kan, yang dilarang, yang prohibited tu lah lagi memberi nikmat.

Contoh tak comel dan annoying pulak adalah seperti sengaja merendahkan diri sendiri serendah-rendah alam supaya dapat hasil sebaliknya: dipuji.
*bukan semua reverse psychology itu berhasil T_T
kahkahkahkah!


Actually, gua musykil dengan makwe-makwe cun yang selalu berselfie dan letak caption like:

- Itew tak secantik awwa :3
- Eee buruknya muke kite! >_<
- Kite taw larh ite tak cantek..

Gua musykil sebab depa ni sedang melakukan reverse psychology, attention seekers yang try hard atau.. sedang mendustakan nikmat Tuhan?


BOOM!


Kapasiti Otak Seorang Perempuan

 
There must be reasons kenapa kapasiti otak perempuan begini. Gua malas nak hurai. Bukan dapat markah pun. Dan kalau diajak berdebat pun gua rasa sampai hari raya qurban nanti pun belum tentu tamat. (Baca: Pahlawan Papan Kekunci)

Dan sebagai seorang perempuan, bukan semua benda pun gua boleh ingat. 

Mungkin kapasiti otak gua tak terurus dengan segala macam maklumat berselerakkan. Tak macam perempuan lain yang ada filing cabinet beserta folder yang berlabel kemas, hokhok.

Kalau nak tahu dengan lebih intim mengenai kapasiti otak, boleh cuba tanya cEro atau Prince of Noob. Depa ni suka betul bab-bab otak. Nanti kalau betul terjadi Zombie Apocalypse,  sila jauhi mereka. Kahkahkah! JK gaisss ;p

Pahlawan Papan Kekunci

     Handphone
     Politik
      Fashion

Ignorance doesn't mean we doesn't care. Sometimes, it is better to keep our thoughts to ourselves :)
Baca: tak yah menjadi keyboard warriors sangat lah ><

Pahlawan yang sebenar menurut firasat gua adalah lelaki yang bertengkolok, bersamping berserta keris tersisip rapi di pinggang dan berada di atas pelamin bersama gua, whoahahaha! *Pengsan

T-Shirt Jenama Jilboobs

Hoho, rasa swag sangat dapat buat tajuk entri ala-ala tajuk novel arus perdana atau ala-ala bait lirik lagu pasca siber.

Mende gua ngarut ni?

Eloklah kiranya gua straight to the point. Lu perasan tak tiap kali belek T-Shirt, tak kisahlah kat pasar malam ke, kat iSetan ke uSetan ke, mesti ada motif gambar atau jenama diletakkan kat bahagian dada?

Kalau T-Shirt lelaki, mungkin motifnya untuk menonjolkan kesadoan, kehebatan atau kekuatan (konon) tapi kalau T-Shirt perempuan, nak tonjolkan apa? Adakah nak menonjolkan apa yang dah sedia terjojol? Eh toyol betullah ayat gua. Engkorang faham tak ni?




Baik, beginilah. Lu beli satu baju/t-shirt jenama Lui Vutong yang butiknya kalau nak masuk guard hensem akan cek dulu beg lu, dan harga sehelai shirt tu tak usah cakaplah, mungkin dua bulan gaji perlu dikorbankan. Tulisan jenama Lui Vutong tu pulak terletak elok kat bahagian dada, manakala lu ni sejenis perempuan bertudung. Jadi?

Jadi lu dah berhabis beratus ringgit takkan tanak show-off kan brand tersebut. Dan bila nak show-off jenama sebenarnya lu akan show-off benda lain jugak, mueheheh. Abaikan Lui Vutong tu, gila kau jenama tu mana buat t-shirt cikai golongan marhaen, tu contoh je. Baiklah, gua namakan jenama t-shirt tersebut sebagai Jilboobs (jilbab + boobs) sebab cara menggayakan t-shirt ni lu kena pakai tudung tapi at the same time turut menayangkan boobs, oopss.



Sebagai seorang muslimah, lu mesti dalam dilema bila terkenangkan surah An-Nur ayat ke-31: "Hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke paras dada dan jangan memperlihatkan perhiasannya.." Tapi dalam masa yang sama lu nak semua orang tahu yang lu pakai baju branded. Gua syorkan lu bawak je satu signboard bertulis 'aku pakai baju jenama ___________'. Tapi nanti jatuh hukum riak, takabbur, tabarujj pulak.

Argh! Susahnya jadi gadis semasa dalam dunia akhir zaman ni. Banyak sangat jarum-jarum halus yang sulit dan persendirian. Gua syak kedudukan jenama di dada ni satu konspirasi sulit. Apehal kena letak kat bahagian dada? Apehal tak nak letak kat bahagian siku? Serupalah jugak macam t-shit I AM ____________ tu, lagi dasyat siap ada nama lagi Jilboobs tersebut, wow!

Gua ni cakap je reti, padahal beli jugak baju ada tulis-tulis jenama ni, tertulis kat perut lah tapinya. Nak panggil apa pulak ni? Jilmach? (Jilbab + stomach) nyiahahahh!!

Oh, t-shirt Levi's gua suka. Tak payah nak try hard. Memang sedia ada dah red tab tu di sisi, hiks. Oooh ohh Tommy Hilfiger dengan Lacoste pun gua suka sebab logo brand kat bahu. Ehh untung jugak jadi blogger ni boleh show-off dalam entri.

Kahkahkah, babai :3
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape