Free Gift Fever

Hey,
miss me

Nak tanya, penah tak engkorang membeli sesuatu barang disebabkan oleh free giftnya?
Selain harga psychology, si kapitalis jugak ada idea lain untuk tarik perhatian: free gift.
Walaupun gua ambik course business dan psychology, dan tahu ini isemua trick, gua tetap terpedaya.
Awwaaa.. saian ta kuadd..

Tetengah bulan ni gua dalam keadaan tight budget. Sangat ketat.
Lebih ketat dari legging makcik Indon. 
Sebab gua ada bebelanja sakan pada awal bulan lalu dan si Shiro pulak mintak 'dimanjakan'.

Sabtu lepas gua ke mall dengan niat nak cuci mata, end up dengan wallet sekali kena 'cuci', huhu.
Gua ke Watson's untuk buang masa tetapi berakhir dengan wang yang terbuang, again, huhuhu.



Beli barangan Maybelline RM40 keatas (termasuk memana jenis compact powder)
boleh dapat keychain limited edition yang comel.
Gua bukan sekadar "maybe its Maybelline" tapi gua memang "born with it"
Gah gah!


Gua tertarik sebab ada free gift charm bracelet ala-ala Pandora.
Oh, the charms are collectibles
Buang lebih banyak duit, lebih banyak charmsnya.
Produk diatas berharga RM18.80 after less


Yang ni gua tak tahu apa yang merasuk fikiran gua untuk membeli.
Maybe gua tengah haus.
Atau maybe terpengaruh dengan kandungan Vit C yang berjumlah 1,200 mg.
Atau sebab ia datang bersama free gift dalam bentuk slush drink.
Atau kesemua yang dia atas.
Oh, harga setin minuman made in Korea ini adalah RM6.00


Maka dengan ini, gua mengisytiharkan tight budget seketat-ketat nuts and bolts kepada dompet. 
(sambung korek tabung ayam)


Kapitalisma ini membunuhku 

47 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Saya pun kadang gigih juga nak cukupkan beli barang XX (masukkan harga) ke atas untuk dapatkan free gift.

    ReplyDelete
  2. selalunya free gift xtahan lama, senang rosak...bracelet tu cantik tapi risau ketahanannya...IQ jenis kasar, kalau pakai sehari, terbarai jugak lepas tu sebab tersangkut kat mana2 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kepada jenis free gift jugaklah. kadang ada yg tahun bertahun lamanya, berbaloi-baloi :D

      Delete
  3. berkenang sungguh dengan keychain limited edition yang comel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu apa lagi cik hani, pergilah ke Watson's terdekat. *dah mcm duta tak rasmi Watson's =..=

      Delete
  4. weh kita macam sama je. especially bila tengok brand libresse dgn kotex tu ha. padahal dia kasi pouch kecik2 je. lagi satu kit kat. tu memang banyak dah kumpul. dari mug sampai ke dulang air >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahahahh!! maybe its in our genes! ><
      Kadang freegift tu terbiar sepi celah lemari je..

      Delete
  5. dah beli semua tu jangn lupa guna ye??jangan peram..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss.. hahaha mcm tahu2 je akak ni. ><

      Delete
    2. Barang2 kat atas ni ada potensi utk diperam pada pandangan gua. haha...

      Delete
    3. hahaha dengg, mana ada, gua tengah guna ni, air tu pulak dh lama habis ><

      Delete
  6. Setakat nie alhamdulillah, belum ada lagi jadi macam nie. Haha Suatu hari nanti kot :P
    Keychain tuu comel laa pulak.. Grrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi macam kami, prevent is better thn cure!
      hahahah comel kan? pergilah spend RM40 :p

      Delete
  7. sama lahhh . selalu keluar pergi 'window shopping' , tapi balik bawak banyak gila beg . alasan terpaksa beli sebab tengah ada sale . hahaha . perempuan memang semua macam ni kot =,=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah it is in our genes kot rasanya :3
      tp gua ni dia kena guna pendekatan reverse.
      kalau niat dari rumah nak window shopping mmg akan end-up borong sakan.
      tapi kalau dari rumah niat nak shopping, end up takde satu benda pun yg berkenan.

      nananananaaa..

      Delete
  8. wow banyak jugak dapat free gift..
    xpa dapat hadiah bole hilangkan tekanan tight budget tu.. ada gak bende yang nampak kemana duit terbang.
    kalo duit terbang barang apa pun xda. lagi stress

    ReplyDelete
  9. woah... agak rare kondisi lu ni (bagi gua ini agak rare)... wkwkwkw ;3

    gua tak pernah kisahkan free gift yg bersangkutan dgn apa2 barang yg gua beli, kalau dapat gua biasanya akan abaikan je... kalau ditanya oleh cashier nak atau tak free gift tu, gua akan cakap tak nak... eheheh ( "^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenaqnya Plain, kondisi lu ni lagi rare! ><

      pes time gua jumpa org yg tolak freegift. apakata lepasni lu ambik, lepastu kasi gua, hekhek :p

      Delete
  10. Keychain maybelline u cantik lah

    ReplyDelete
  11. Gwa bergantung kepada apa free gift nye.
    Kalau jenis yg wow power ni kalau simpan boleh jadi collectibles berharga, itu gwa beli.
    Kalau jenis yg hek eleh, free gift mende camni tak ada fungsi jadi lapik meja bergoyang je laa nampaknya, memang tak laa gwa beli. Hehehe.

    Tapi kekadang gwa amalkan value buying, contohnya kalau apa yg nak dibeli tu nilainya dapat lagi tinggi dr wang yg dibelanjakan, gwa beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama ah ni, sama. keychain Maybelline ti bukan senang nak cari tu, keluaran mereka utk anniversary yang ke-100 tahun ><

      Sebenarnya barang yg gua beli ni satu keperluan, bila ada benda free ia satu bonus :D

      Delete
  12. Hahaha kita sama! Suka terpengaruh dgn free gifts. Especially free gift dlm kotak cereal or attached with vitagen. Boleh buat perang saudara dgn adik2 sbb berebut benda free haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha so far gua baru terpengaruh dgn satu cereal, sbb dapat transformers comel :3

      Delete
  13. Gua jarang nak beli barang sebab ada free gift. Tapi gua suka beli barang yg dalam pack dia ada 2 atau lebih. Sebab barang yg dah pack sekali byk camni kalau kira2 lebih murah daripada beli satu je. Barulah value for money. Cuma kadang2 kena alert sikit. Ada je kadang2 beli satu2 lebih murah dari beli pack yg sekali byk. Promosi camni gua x faham la apa point dia.

    Gua rasa kalau beli barang free gift ni gua tertarik kalau beli gadget atau laptop je la...contoh beli smartphone dpt memory card, cover, dll. Kalau takat free gift biasa2 tu pendinding gua masih kebal lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah beli barang memahal mcm gajet mestilah kita expect ada free gift ye dok? contoh mcm beli henfon, paling busuk pun dapat casing free jadilah ><

      yang value-pack tu gua setuju. lebih jimat dan berbaloi. selalunya barang yang kerap guna lah :D

      Delete
  14. aku kalau setakat tayang free gift takdalah nak terpengaruh sgt..tapi bila kena pujuk tu yg aku terjebak..jadi aku akan elak sehabisnya kalau ada promoter tu pujuk suruh beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bab promoter tu lemah jugak. tak sampai hati nk kecikkan hati depa sebenaqnya :3

      Delete
  15. halamak aku pulak jenis pantang nengok kasut. asal tengok je kasut konfem susah nak blah tanpa membeli. konfem aku sangkut. grrrrr~

    ReplyDelete
  16. Hai zyroxx. Lu rindu gua tak. Gua rindu blog lu. sobss lahhh

    ReplyDelete
  17. setiap bulan kite cari sabun "Daia" sebab nak dapat free pinggan =)

    ReplyDelete
  18. aku selalu terbeli barang-barang yang ada di rak tepi kaunter pembayaran. salah satu taktik keji depa jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sebab tu gua bayar sambil pejam mata ><

      Delete
  19. komfom ankel akan beli brg itu jika penjualnya.. seorg gadis melayu bertudung yg cantik menawan... sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah ankel memanggg.. pantang nampak makwe cun! ><

      Delete
  20. komfom ankel akan beli brg itu jika penjualnya.. seorg gadis melayu bertudung yg cantik menawan... sekian...

    ReplyDelete
  21. Ahaha. Sama la. Can't help myself kalo nampak free giftt.. pdhal bkn perlu pon hadiah tu kadang2. Lagi merepek bile brg yg dibeli tu tak pernah terlintas nak beli pon sebelum ni. Tapi still coz it's freeee...

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape