10 Soalan Dari Hanie

Hi,

Untuk pengetahuan korang aku telah di tag oleh Hanie untuk menjawab 10 soalan. Walaupun dah berzaman kena tag, baru harini aku jawab, huhu maaf sebab perasan sibuk. Memula aku rasa tak nak jawab, tapi aku bukan jenis manusia yang suka mengabaikan soalan. Thanks ye sebab tag. Terharu betul bila berada dalam ingatan seseorang, hiks.

Cakap banyak tak guna, aku lampirkan kat sini soalan 10 soalan beserta jawapan:-

1) Apa nama awak?
Nama saya Zyra. Atas faktor keselamatan dan privasi saya tak boleh nak bagi nama betul seperti yang tertera di dalam surat beranak. Kecuali kalau awak nak lafazkan depan tok kadi nanti, eh.

2) Apa penyebab awak sertai dunia blog?
Sebab nak rosakkan hari-hari orang dengan entri saya, muahahaha! Takde lah, sebab kita sebagai manusia perlu keluarkan apa yang kita rasa dari sistem badan, tak elok simpan buat pekasam. Saya rasa blog lah medium yang paling sesuai untuk itu, haha. Di samping nak berkongsi pendapat dengan khalayak.

3) Masa bila awak luangkan waktu untuk berblog?
Masa malam. Sebab siang sibuk mencari nafkah zahir. Pernah cuba buat entri pada waktu siang, tapi tak boleh, jadi blurred dan hilang arah tujuan di depan skrin laptop. Agaknya sebab dah terbiasa dengan suasana malam bertemankan bunyik cengkerik.

4) Suka makan apa?
Oh my god soalan ni susah macam algebra, hahaha. Sebagai seorang manusia yang kuat makan, saya suka makan semua jenis makanan yang halal kecuali itik, ikan sungai dan belut. Kadang bila makan western food, rasa masakan kampung lah yang paling sedap. Bila makan masakan kampung, tetiba rasa sushi pulak sedap, hahaha. Tapi ada satu sajian yang saya paling suka di kampung: Nasi putih + Sambal belacan buah kuinin + ikan kembung fresh digoreng = perghhhh!!! AKJHAJKSHGDJDWRGWY

5) Apa pendapat awak tentang blog saya?
Err.. saya tak padai bab memberi pendapat ni sebab selalu pendapat saya lari dari persoalan pokok, hahaha. Tapi saya cuba ye. Blog awak kemas, tak serabut dan cepat load, please keep it that way tak payah nak letak widget bling-bling dan widget yang tak diperlukan dalam blog, hehe. Cuma itulah, header awak simple sangat sampai saya rasa nak conteng, je, wahahahaha! Gurau je :p

6) Apa movie latest yang awak dah tengok setakat ini?
Inside Out dengan anak-anak saudara. Punyalah ignorance nya seorang Zyra sampaikan bila my nephew suggest cerita tu dalam whatsapp, saya ingat itu cerita seram, hahahah! Kami berlima menonton midnight movie di the Curve. Beginilah contoh seorang ibu saudara yan ideal, kehkeh. Filem ni bagi saya not bad lah memandangkan takde sorang pun anak sedara yang tertido. Bapak lama tak tengok movie, huhu. Takpe, simpan untuk tahun 2016 sebab banyak movie best!

7) Apa gadget pilihan hati awak? Kenapa?
Tak pasti gadget ni merujuk kepada yang dah ada atau belum ada. Takpelah saya jawab gadget idaman yang belum ada lah, hehe. Saya idamkan nak beli MacBook Pro dan drawing tablet. MacBook sebab nak ganti laptop purba ni yang dah selalu semput. Drawing tablet of course lah untuk saya melukis dengan penuh bergaya tanpa perlu terkial-kial guna mouse.

8) Beli kereta dulu ke atau rumah?
Memandangkan dah ada kereta so jawapannya kereta dulu lah, hehehehe. Jangan tiru aksi ini, sebaiknya beli rumah dulu, itu satu pelaburan. Biarlah bersusah-payah naik pengangkutan awam asal dapat bersenang-lenang di dalam rumah sendiri, eceh,

9) Impian yang pernah tercapai dan belum tercapai  awak apa ya?
Suatu masa dulu di bawah sinar matahari yang terik memancar dan disertakan dengan angin monsun yang berbahang panas, seorang gadis gigih mengayuh basikal di tengah-tengah kawasan sawah padi. Basikalnya enggan bergerak walau pedal ditekan kuat akibat tekanan angin yang jauh lebih kuat. Saat itu, dia kuatkan gengaman handle dan memasang impian: Satu hari nanti dia akan berjaya memasuki universiti dan memiliki kenderaan sendiri yang boleh melindunginya dari hujan panas dan angin. 

Alhamdulillah impian tu dah tercapai. Impian yang belum tercapai: Selesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan dan pinjaman bank.

10) Hobi terhebat awak apa ye? ^_^
Wow, terhebat ye? Saya ada hobi baru iaitu menjahit felt doll yang saya rasa hebat, kot, hahaha. Nantikan kemunculan update saya mengenai hobi terbaru saya itu di zyraroxx.blogspot.com! (Amboi retisnya statement).

Seronok pulak main jawab-jawab soalan ni. Aku dulu penah jugak jawab soalan dalam Liebster Award yang telah di tag oleh Namy. Tapi dulu aku kurang matang jadi korang jangan lah gelak kalau baca, huhu.

Akhir kata, thanks kepada blogger yang tag zyraroxx dengan ingatan tulus ikhlas, hehehe. Aku ada rasa nak senaraikan 10 soalan untuk blogger lain jawab. Tapi disebabkan aku takut kecewa soalan-soalan aku bakal dijawab dengan bunyi cengkerik, maka aku matikan hasrat tersebut. Lagipun aku bukan manusia yang suka bertanya (seret bagasi). Ciao Malaysia.


Selamat menikmati cuti panjang Zyra! 

25 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. pergh aku komen 1st.. terharu. sob sob sob.. *sambil lap hingus.

    bile nk lelepak?

    ReplyDelete
  2. wahh sportingnyer jawap tag., x makan itik, ikan sungai (patin ?) dan belut tu samala mcm wak jugak., hihi2

    ReplyDelete
  3. Teringin nak beli Macbook Pro juga, tapi pasal tak mampu, kita tangguh saja dulu.

    ReplyDelete
  4. zyra hang lukeh pakai mouse ke? Aku kagum. Di sini aku mendoakan agar ko segera dapat memiliki drawing tablet. Nah Amin dari saya..

    ReplyDelete
  5. kalau ditanya kami suka makan ape, memang pening nak jawab.ehehehe

    ReplyDelete
  6. wattt... itik, ikan sungai, dan belut itu semua cedapppp oooh (kalau kena cara masakannya la, kalau tak kena cara memang ada bau hanyir sikit) ;3

    gua rasa lu ni queen of the "mouse" kot, sungguh gigih melukis guna mouse, impressive betoi *thumbs up* ^^

    ReplyDelete
  7. wah. kalo tablet 2nd nak ker? budak2 art kat uni berdekatan budoxe ada biasanya nak jual..sbb abes blaja

    ReplyDelete
  8. My last muvi layan wayang ialah Ant-Man. Masa raya lepas.
    Ingat nak tgk SWTfA tapi asyik takde tiket je di waktu yg free.
    Hari tu punya Hunger Games dgn James Bond pun terlepas. Cis sungguh!!!!
    2016 jadual wayang macam bakal penuh je...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Ha..bayar loan education tu jgn x bayar.hehe..berjanggutlah nak bayar

    ReplyDelete
  10. sambal belacan buah kuinin a.k.a konen...hoho hg buat aku teringat² kesedapan dia....>.<

    ReplyDelete
  11. Bestnya main jawab-jawab soalan.
    Terasa macam di musim peperiksaan ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  12. kak Zyra lukis pakai mouse pun dah cantik . kalau beli drawing tablet mesti lagi cun . boleh lah lukis komik hari hari kan . hahaha

    ReplyDelete
  13. santai je baca jawapan dari kak zyra :D
    melukis guna mouse je dah pergghhh~ apatah lagi kalau guna yang tu apa nama tu? =="
    felt??? BV suka felt, suka tengok je la nak buat sendiri payah sekali, HAHAHA, kalau kak zyra buat mesti comel kan? nak jual tak? *tetiba~

    ReplyDelete
  14. menyesal baca entri ni waktu pagi2 buta :( sebab soalan no.4 tu xD tak sabar nak baca entri pasal patung felt tu, hehe. Sbb sy pon ada jugak buat beberapa template, tapi projek tu terbengkalai dan masih tak siap2 >.<

    ReplyDelete
  15. aku pernah kene tag satu soalan satu hari. ada 30 soalan. makanya? sebulan? tidak! hampir setahun aku ambil masa nak jawab haha. tp syok jugak layan benda tu, bg idea nk update. hehe.

    sedapnya sushi.

    ya Allah aku lupa last movie aku tgk. hukhukhuk

    ReplyDelete
  16. hahahah~ tq zyra.. nice entry... hani suke ayat2 sempoi zyra ni... tu sje je tag zyra... syok bce hehehhehe~

    ReplyDelete
  17. Alahaiiii best gila baca dengan adanya kartun-kartun ni .
    Terbayekkkk !

    ReplyDelete
  18. selamat melangsaikan utang ptptn zyra ;)

    ReplyDelete
  19. One thing for sure , your blog never dissappointed me especially with this graphics . Unique is one thing bcs I never seen any blog like yours people give and you take in very unique way . You definitely Roxxin gurrll . haha - Syamsid Blog -

    ReplyDelete
  20. Peh.... Rajin kau jawab 10 soalan. Kalau aku kena jawab, sampai kesudah aku x jawab..hahaa.. Gila banyak weh jawab 10 soalan...

    Btw, aku setuju yg blog la tempat nk luahkan segala apa yg ada dlm benak fikiran. Yg update tu pun aku setuju gak, bila update mlm ni lebih fresh dan senang sikit nk karang ayat.

    Bila aku baca yg kau nak conteng header blog Hanie ni, rasa kelakar pulak. Aku rasa mesti kau dh lama nk conteng header blog aku kan dgn header yg basic giler tu.. wuhuuu..tak nyempat aku nak Design header sendiri..

    Beli rumah atau kereta dulu? Pada aku ikut keperluan la. Kalau dh memang nk kena beli kereta utk pergi kerja, nak x nak kena beli jugak. Sbb ada tempat susah gila nk pergi tanpa public transport.

    Kalau rumah tu kena sewa dulu la sambil buat saving. Sbb aku rasa ramai je org kat Malaysia yg cuna ada rumah sendiri bila anak2 dah besar.

    Tapi better beli rumah dulu kalau masih boleh survive tiap2 hari guna public transport. X nak duduk rumah beli tu pun xpe, boleh sewakan dulu...

    ReplyDelete
  21. Makanan faveret gua ialah nasi panas, ayam goreng, kicap manis dan cili padi seketul. Perghhhhhhhhhhh meleleh air liur time typing ni.

    Sungguh tekak Melayu kan? Perut laki gua ni perut mat saleh betul, mana dia nak makan ayam goreng dgn nasi uols. Tapi ayam goreng dgn mac & cheese jalannnnnn.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape