Cara Buat Duit Dengan Mudah (DIJAMIN!)

Hey guys!

Sejak bila aku jadi agen MLM ni? Kahkahkah! Mana ada, aku bukan dah join MLM atau skim cepat kaya atau yang sama waktu dengannya. Aku nak bagi tips buat duit dengan cara berkesan dan tak perlu modal banyak pun.

Aku nak bagi tips buat duit melalui Instagram.

Cara Pertama:
Cara ni sangat sesuai untuk korang yang tak tahu malu sangat (banyak sebenarnya).
Tak kisah lah korang hodoh atau cantik, pasti berkesan. Asalkan korang bodoh. Kalau cerdik takut tak menjadi.

Caranya mudah, kau buat je video pendek yang sangat annoying gila namatey yang sure bakal dikecam orang awam. Bercakap menggunakan slang Uganda disertai dengan gaya yang sangat mengada-mengada ke. Atau kalau kau tak mahir sangat nak bercakap, kau boleh buat tarian entah apa-apa berlatarkan muzik Kpop.

Kau kena tahan diri kejap dengan tohmahan dan makian di peringkat awal pembabitan. Orang awam a.k.a netizen ni dik, diorang cakap je benci, annoying, maki sumpah seranah. Tapi pada masa yang sama, mereka akan membantu mempopularkan kau secara percuma. Jadi, jangan risau denga cacian sebab itu strategi pemasaran yang paling berkesan dan yang penting, percuma. Kau dah jimat kos pengiklanan. Syraikat lain bayar beribu malah beratus ribu untuk iklan tapi kau percuma je dapat, untung kan?

Risiko cara ni adalah maruah korang mungkin tergadai. Tapi apa dehal, janji korang viral dan popular. Dah lepas viral korang akan dapat berjuta followers. Bila dah bersepah-sepah followers, peniaga-peniaga semua akn berpusu-pusu suruh korang buat review produk/servis. Kau cas RM300-400 satu review, kirakan jumlah pendapatan korang kalau sebulan dapat lapan review.

Dah kaya nanti jangan lupakan aku okay, lanje kepsi sebulan sekali pun jadilah.

Cara Kedua:
Ini cara yang sesuai kalau kau punyai sekelumit rasa malu dan segan. Korang tak nak tonjolkan diri dan rupa. Sama ada low self-esteem sebab rupa buruk nak mampus atau korang taknak jiran kenal. Its okay, ada caranya jugak.

Kau create satu akaun Instagram. letaklah nama @lawakbasi ke @viral.sensasi.namatey ke atau apa-apa jelah yang kau rasa dapat tarik perhatian orang awam. Lepastu kau kutiplah segala macam post dari internet yang kau rasa disukai ramai. Gambar lawak. komik.. (aku tak halalkan kalau kau curi komik aku, fullstop). Kau buat je tanpa jemu. Makan masa sikit lah berbanding kalau kau post video bodoh-bodoh alang. Eventually, followers kau makin ramai.

Bila dah ramai followers, ulang macam hasil Cara Pertama. Atau kalau skill raih followers dengan cara mencuri hasil kerja orang lain ni semakin hebat, kau boleh buat banyak akaun dan bila dah ramai followers, kau boleh jual akaun tersebut kepada yang berminat. Maka jadilah kau saudagar IG yang berjaya.

***
Ilustrasi ihsan Tangan Punya Kerja

Demikianlah tips untuk jana pendapatan dari aku. 
Cuma satu jelah aku nak pesan: Apa pun kerja yang kau buat, carilah rezeki yang berkat.  


Hidup secara bermaruah 

22 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Hahahaha. Cara pertama tu paling berkesan. Entah minah mana menamakan dirinya King Koko lepas tu ckp slang omputih n lepas tu jadi popular gila babi n siap rampas suami org lagi

    ReplyDelete
  2. hehe, memang jadi King Coco la camni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi tips ya sis. Nanti saya curi komik sis nak pos kat Ig saya. Yay, kaya kaya...

    ReplyDelete
  4. hehehe...mcm mcm kan sekarang...semua nak share nak fwrd...

    ReplyDelete
  5. hahahahahha #sarcasmwin
    jenis yg sanggup gadai maruah sebab nak popular tu ish3 *geleng kepala
    jenis yg memviralkan benda macam tu pun satu hal.

    ReplyDelete
  6. hahaha. kan memang pelik yang annoying la yang popular. manusia memang suka menyakitkan hati sendiri kot ek. biarlah tak kaya janji tak buat benda-benda gituuuu. Sendiri tengok sendiri malu.

    tapi aku musykil betul budak yang baru darjah 6 ada 12.4k followers and semua gambar selfie. gila kentang. tidaklah aku jeles tapi siapa dia? Bukan artis aku rasa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula aku pun pelik. Kadang2 yg tak kenal (biasanya perempuan la) ada 300k followers. camni boleh jadi gitu eh... bukan artis pun..

      Delete
  7. Adoii... ingatkan betullah tadi.
    Tapi itulah bila difikir-fikirkan balik mana ada cara mudah nak kaya.
    Yang masuk AF tu pun hazab jugak!!

    ReplyDelete
  8. macam tak berkat je kedua tips tu

    hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. hahaha betul!! zaman sekarang ni nak "famous" senang je... banyak duit boleh dapat lepas tu... tapi hidup kena ada rasa malu >.<

    ReplyDelete
  10. Bhahahahahahahaha ni memang realiti zaman serba canggih masa kini! Viral dan meletup kebaboommm terus famous juta juta followers, masyuk pun masyuk. Bijak percaturannya. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  11. Haha. Padu betul entry nih. Kaya tak berkat takdak guna jugak kan~

    ReplyDelete
  12. cara pertama tu hati kena sado πŸ˜‚πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

    ReplyDelete
  13. Hoho memang express dapat menjana pendapatan..janji kebal dikecam netizen-_- *tetiba teringat budak Penang hat cakap laju tu

    ReplyDelete
  14. hahaha.. makan dalam ni.. Aduyaii yg first tu betul la tu. bersepah2 org buat video bodoh2 semata2 nak viral. Memang berkesan pun.

    Buat la bisnes betul2 diorang ni pun... Join dropship pun boleh buat duit skrg, takyah dah nak rembat karya org lain..

    ReplyDelete
  15. hahar2., idea yg hebat nih noxx., ;p

    ReplyDelete
  16. Hahahaha takutnya tips2 nie hahaha sis tak sanggup alamak hahaha, nak tambah juga tips ke tiga, buat lagu sendiri banyak2 buh dekat utube macam penyanyi skrg buat haha takyah join mentor mentee dah ke AF dah ke apa hahaha percuma je pemess kihkih.. :'3

    ReplyDelete
  17. Hahahaha takutnya tips2 nie hahaha sis tak sanggup alamak hahaha, nak tambah juga tips ke tiga, buat lagu sendiri banyak2 buh dekat utube macam penyanyi skrg buat haha takyah join mentor mentee dah ke AF dah ke apa hahaha percuma je pemess kihkih.. :'3

    ReplyDelete
  18. bhahahaha ini entry perli instafamous ke macam mana. tapi mmg pun.

    ReplyDelete
  19. Ni betul aku setuju..mudah sangat org nk jadi popular ni...

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape