Curiousity Ini Membunuhku

Hery guys,

Pada satu hari weekends beberapa bulan lepas, aku bangun pagi dengan perasaan funny dan out of sorts. Semuanya gara-gara minda separa sedar aku tetiba teringatkan satu novel yang pernah aku baca. Novel keseinambungan Sherlock Holmes (sudah pasti bukan tulisan Sir Arthur Conan Doyle).




Aku ada siri lengkap novel tersebut dalam dua volume. Persoalannya di sini, di mana aku pernah baca novel yang ketiga?
Hari weekend tersebut aku habiskan masa racking my brain cuba mencari jawapan. Takkan aku baca dalam mimpi? Aku cuba endahkan rasa ingin tahu tersebut tapi ia tetap kembali menghantui diri. Sampai makan pun tak lalu. Zyra tak lalu makan itu merupakan tanda-tanda kiamat kecil jugak guys.

Aku dengki betul kepada mereka yang hidup tanpa perasaan curious, just shrug it off and get on with life. Sedangkan aku separuh sewel fikir di mana aku baca? Yes,  curiousity kill the cat, and about to kill me..

Aku selak balik novel sambil mundar-mandir dalam bilik like some freaking professor stumble unto something in his research. Setelah hampir-hampir jadi zombi, terjadi percikan api di dalam otak yang menandakan sel-sel berkarat aku kembali berhubung:-

Beberapa bulan yang lalu, 
Di suatu hari Sabtu yang sepi,
keluar sendirian, lepak Borders
ternampak buku Sherlock Holmes tulisan penulis lain. 
Baca sampai habis, Letak balik kat rak.
Balik rumah.

Lepastu aku terus lompat sambil tumbuk angin. Lalu makan pasta dengan lahapnya.
Malam tu aku percaya aku tidur sambil senyum.

Korang jenis macamana? Jenis tak peduli atau yang akan cari jawapan sampai dapat?


Nota kaki saiz Cinderella: Entri ni sepatutnya dipublish dalam tahun 2015. Sekarang aku dah ada beberapa novel SH dari penulis lain seperti House of Silk (Anthony Horowitz) dan Sherlock Holmes Abroad (various author) di samping novel-novel berkenaan Moriarty.

5 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Mrs. A kebanyakkan masa sama macam Zyra akan cari jawapan sampai jumpa dan puashati.

    Kalau tak jumpa memang akan ditimpa kemurungan ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  2. anis akan cari jawapan tu sampai dapat gak! kalau tak, memang tak tidoq lena la jawabnya

    ReplyDelete
  3. Kalau kita, memang akan carik jawapan sampai dapat.. Try la sedapkan hati macam mana sekalipun, bila dah curious tu memang susah nak puaskan hati sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  4. haha. aku jenis try cari jawapan sampai fed up tak dapat jugak jawapan, aku akan ignore. distract dengan buat benda lain. selalunya time aku tengah buat benda lain tu la yang aku akan teringat balik jawapan yang aku cari..

    ReplyDelete
  5. of course la akan cari jawapan sampai dapat. hahahhaa

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape