Bajet Bagus

Hey ya,

Keterlaluan tak kalau aku cakap jenis manusia kedua yang aku benci selepas penjenayah adalah orang bajet bagus.

Tiap komen kau akan meinggalkan remark bajet bagus kau.

Contoh ayat kau "aku rasa mesti bla bla bla bla bla" (panjang berjela-jela macam teks ucapan menteri di malam raya)
Tapi at the end, duduk letak sesuatu perkara tu tak sama langsung mcm apa yang kau "rasa" tu.

Kalau aku, akan rasa malu gila dan serta merta akan berhenti dari jadi bajet bagus. Tapi apa boleh buat. Sama ada tengkorak kau tebal. Atau kau memang jenis tak reti malu. Kau akan ulang buat benda yang sama. Tanpa jemu.

Bahayanya perasaan bajet bagus adalah; Dalam kau kata tak suka orang macam bla bla bla bla bla tapi pada masa yang sama kau buat exactly the same thing as benda yang kau tak suka tu. Oh the master of irony!

Sebab tu aku cakap bahaya. Sebab bila dah perasan bagus sangat sampai salah sendiri pun dah tak nampak. Bahaya.

Mungkin itu je perbuatan yang mampu menggembirakan dan memuaskan kau dalam kehidupan sehari-hari. Who knows. Homo sapiens adalah spesis yang rumit.

Kepada pembaca blog ni yang masih singgah atau tersinggah, jangan jadi manusia bajet bagus. Kalau tak tau apa-apa better diam. Silence is golden.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape